Thursday, 23 September 2021

Tuesday, 29 June 2021

DIARI VAKSINASI

 SEMOGA DALAM KERAHMATANNYA…

















SEKADAR DI PINGGIRAN

 SEMOGA ALLAH MEMBERI KEKUATAN BUATMU ANAKKU....BELAJAR DAN KENA TERUS FOKUS...PDPR ....NTAH BILA NAMPAK SINAR UNTUK BERSEMUKA DGN GURU2MU...

KITA SAMA2 RASA KEPERITANNYA...PERIT NAK FAHAM.DAN PERIT NAK MEMAHAMKAN.









Wednesday, 17 March 2021

Wednesday, 10 March 2021

REJAB

 SALAM 27 REJAB


Semoga ada perkembangan dan berita gembira buat kita semua. Journey to Hajj 1442

*UMRAH NORMA BAHARU*

Sedikit sinar tentang umrah norma baharu melalui perkongsian oleh CEO TH Travel Dato Haji Ahmad Ruzman di Astro Awani malam tadi.

*Di Malaysia:*
1. Perlu mendapat kebenaran keluar negara oleh kerajaan.
2. Melakukan ujian status covid-19 PCR test dengan keputusan negatif dalam tempoh 72jam sebelum berangkat menaiki pesawat. Surah makluman keputusan tersebut hendaklah dibawa bersama pasport ketika check-in di Malaysia dan setiba di Saudi.
3. Usia yang dibenarkan (buat masa ini) 18-60 tahun.
4. Setibanya di airport Madinah para jemaah perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dahulu sebelum terus ke kaunter emigrasi.
5. 50% sahaja jemaah menaiki setiap bas iaitu 25 orang termasuk mutawwif jika bas 50 seater.
6. Para jemaah perlu install aplikasi (Tawakkalna) lebih kurang MySejahtera untuk trace lokasi, perlu aktif sebelum 8 jam setelah mendarat. 

*Di Madinah:*
7. Para jemaah hendaklah duduk sebilik 2 orang sahaja. 
8. Para jemaah perlu kuarantin di bilik hotel selama 3 hari sebelum dibenar keluar bilik melaksanakan ibadah. Makanan akan dihantar ke bilik. 
9. Selepas 48 jam kuarantin di bilik para jemaah akan menjalani ujian covid-19 oleh pihak kesihatan saudi dan keputusan akan keluar selepas 24 jam.
10. Para jemaah perlu booking di suatu aplikasi untuk solat di raudhah. Tidak perlu booking slot utk solat 5 waktu. 
11. Para jemaah tidak dibenarkan turun daripada bas ketika menziarahi tempat-tempat ziarah, termasuk masjid Quba'. (buat masa ini)
12. Pihak agensi/syarikat travel perlu booking slot untuk melaksanakn umrah samada jam 4 petang, 8 malam atau 12 tengahmalam sebelum para jemaah bertolak ke Mekah.
13. Para jemaah berniat ihram di hotel di Madinah sebelum bergerak ke Mekah, para jemaah tidak dibenarkan turun solat sunat di Masjid Bir Ali. (buat masa ini)

*Di Mekah:*
14. Setelah tiba di Mekah para jemaah dan mutawwif akan bergerak ke Masjidil Haram 1 jam sebelum masa yang telah ditempah untuk melaksanakan umrah semasa di Madinah yang dibuat oleh pihak travel agensi. 
15. Para jemaah akan diketuai oleh seorang pembimbing khas daripada pihak masjidil haram semasa melaksanakan umrah.
16. Jemaah yang menggunakan kerusi roda perlu bimbingan pendorong yang khas bersama jemaah. 
17. Para jemaah perlu mematuhi SOP semasa mengerjakan umrah iaitu memakai pelitup muka, menjaga jarak 1 meter dan sentiasa sanitasi.
18. Kos mengerjakan umrah mungkin meningkat daripada biasa disebabkan SOP norma baharu terkesan pada aspek pengangkutan dan hospitaliti.

Nota: Para jemaah mungkin dicadangkan akan masuk ke Madinah dahulu memandangkan perlu kuarantin 3 hari selepas masuk ke Saudi. Jika masuk ke Mekah dahulu jemaah perlu berlama dalam ihram dan menjaga pantang larang 13.
Semoga kita semua dijemput lagi ke Haramain dalam keadaan susah atau pun senang. Yang penting niat dan kesungguhan kita insyaAllah. 

Moga sedikit sinar memberi sedikit harapan dan senyuman. ❤️
KREDIT: Sumber*Ustaz Isa fadlim*



Tuesday, 2 February 2021

ALLAH MAHA MENGETAHUI BETAPA RINDUNYA KAT MEREKA BERDUA

 Assalamualaikum...

Posted @withregram • @jentikhati Ini sebab jarang mimpi arwah mak ayah.. Ramai yang tak tahu.

Mak mertua saya pernah tanya saya "halil selama mak meninggal berapa kali mimpi mak arwah mak?" Sya jaw






ab dengan nada sedih.." Ermm baru 2 kali mama..seminggu selepas mak meninggal dan masa halil sibuk kerja sebelum kawin..kenapa mama?".

Mak mertua saya kata.."maknanya halil anak yg baik yg sentiasa bagi dia pahala dan amal dalam kubur.. Kalau halil kerap sangat mimpi tu tandanya dia tak senang kat alam sana dan dia nak amalan dan doa daripada halil.."

Owh syaa baru faham ingat selalu mimpi mak tanda mak syang kat kita.. Rupanya bukan.. YaAllah.

Saya terus bergenang air mata teringat balik.. Mungkin kali pertama seminggu lepas mak sya meninggal sebab rindu.. Yelaa masa mak saya sakit kat hospital sultanah aminah johor bharu masa tu saya tu saya dah 18 tahun.. Masa tu saya masih mak saya suapkan makan.. Manje sangat ngann arwah mak.. Tapi kali kedua saya mimpi saya ingat masa tu saya sibuk sangat.. Business tengah maju.. Duit belas ribu dapat untung masa tu.. Tapi sedih masa tu saya jarang bukak quran.. X baca quran.. Saya lalai sangat masa tu.

Baru saya faham bila mak mertua saya cakap macam tu.. YaAllah.. Sebenarnya mak kita yg dah meninggal dunia mereka sangat dahagakan amalan dan doa daripada anak2 yang soleh.. Saya pernah dapat nasihat daripada prof dr razali nawawi presiden abim yg pertama.. Dia kata "kholil.. Niatkan puasa kita solat kota sedekah kita semua untuk mak ayah kita.. Sebba mungkin dalam hidup mereka mereka pernah tinggalkan puasa tinggalkan solat..".

YaAllah.. Rindunya arwah mak.. Rindu sangat2.. Adik buat dakwah.. Adik ceramah pada pelajar2 untuk jadi baik.. Adik baca quran.. Adik buat sedekah infaq semua adik nak niatkan utk mak dan ayah.. Mak.. Maafkan adik.. X sempat khidmat mak sepenuh hati adik.. Mak.. Maafkan adik.. Mungkin adik pernah buat mak kecil ati dan nangis sebab adik.. Mak suka dengar adik baca quran masa adik kecik.. Nanti dalam syurga adik bacakan quran untuk mak depan mak ya... Huhuk rindu mak sangat... 😞.

Tuesday, 26 January 2021

ummi ain: Sambutan Hari Wanita bergelar Mak/mama

ummi ain: Sambutan Hari Wanita bergelar Mak/mama: Salam semua, Masa kehadirannya kami tak pernahpun ada sebarang majlis formal, tapi satu kebiasaan arwah mak dan ayah praktikkan iala...

Friday, 1 January 2021

 

FAMILY,HOBI DAN SEGALA TENTANG MAMA Template by Ipietoon Cute Blog Design